Thursday, December 3, 2020

Tips Membeli Barang Kemas

 Tips Membeli Barang Kemas


1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja


Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. 


Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. 


Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. 


Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.



2. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata


Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. 


Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. 


Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. 


Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750. Apa pun tengok pada emas tersebut ya.



 3. Jangan beli emas putih


Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. 


Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. 


Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. 


Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. 


Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.



4. Survey kos upah paling rendah.

Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.


5. Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.


Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.


#teamululazmi #tipsemasulul


Mudah-mudahan, tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.


Hulul Azmi

Priority Dealer Public Gold

0133207242

No comments: